Sunday, June 28, 2020

June 25 Tarikh keramat


4 bulan lepas, drama siri 'Misi Kathmandu ke Doha' bermula.. Malam 11 March 2020 kami pulang ke Malaysia. 
Niatnya hanya 2 minggu, meneman daddy yang baru pulang dari Nepal. 
Masa tu, Qatar tiba-tiba keluar arahan tak benarkan sesiapa dr Nepal masuk kecuali lepas self kuarantin 14 hari di negara2 yang rendah kes Covid-19. Maka Daddy pilih kuarantin di Malaysia. Time tu, kes kes Covid-19 ni makin serious. Qatar dah start tutup sekolah. Terover risau, kami yang masih di Qatar pun ikut sama pulang. 
Sempat lah sebelum balik tu lepak dengan Nanie, kopi2 dkat dfc. 
Lepas tu dekat airport, lepak dengan Bee, Wan dan Nadine sampai tiba masa nak fly. 
Tak ku sangka, itulah kali terakhir kami disana. 
Lagi berapa hari nak balik sana, Qatar tiba2 tutup airport utk kemasukan semua negara. Rakyat dia je boleh masuk. 
Jadi bermulalah PKP kami di tanah Malaya. Masa itu, terasa beruntungnya dapat bersama2 keluarga, beruntungnya dapat berpuasa penuh dan berhari raya. 
Walaupun tak boleh keluar rumah, kami gembira. 
Makin hari kes semakin berkurang di Malaya, dari 4 angka turun ke 2.. Tapi Qatar nampak tak susut2. Makin naik mencanak canak. Flatten the curve dia capai di tahap 1000 kes 😂. 
Entah apa yang tak kena.. 
4 bulan dah, kami masih sabar menanti.. Tapi ade la jugak rase risau, company mana yang baik sangat hati bayar gaji percuma berbulan-bulan. 
Qatar akhirnya memberi sinar harapan. 
1 Aug: tarikh kebenaran masuk.. 
Tapi.. 
25June, kami dikejutkan berita, 120 staff Aljazeera yang stranded diberhentikan kerja serta merta. Semasa kami masih berada diluar. 
Semasa kami masih tersekat untuk pulang. 
Tidak ada satu pun panggilan untuk berbincang. 
Tidak ada satu pun panggilan untuk pengakhiran secara hormat. Semua orang jadi pengecut. Bagi email je, lepas tu remove access, jadi just few people yang sempat dapat email termination. Daddy 3M baca dari screenshot colleague dia je. Kejam.. 
Kami seolah olah diusir pergi seperti sampah..
Tiada pengakhiran yang sempurna. 
Selamat tinggal bumi bertuah. 
Yang kami sanjung bak negara sendiri. 
Selamat tinggal sahabat2, 
Yang membantu kami dikala diuji. 
Semoga panjang umur, bertemu kembali. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 mu. 
Terima kasih ❤️ 
Kami redho dengan ketentuan ilahi. 
Something better will come along.. InsyaaAllah 

Berakhirnya Qatar adventure kami di tahun bertuah 2020.

Monday, June 8, 2020

Kenangan pandemik Covid-19 di Malaysia

Aku nak simpan kenangan ni untuk rujukan hari tua..


Di sini saya listkan sepanjang PKP, apa yg org Malaysia buat: suatu hari mesti kt semua rindu mse kne kurung kt rumah hari tu ..😂😂😂

1. Berebut roti gardenia. Macam la roti tu makanan ruji Malaysia.

2. Pakat2 try air dalgona pelbagai perisa. 

3. Ulang nyanyi lagu dlm video "ke sana-ke sini" PM kita. 

4. Dah berebut2 pulak menguli roti, sampai yis kat kedai-kedai sold out. Termasuklah biskut marie (utk kek batik), cream cheese Tatura dan agar-agar. Semua nak jadi chef.

5. Bila semua nak jd chef, ada yg masak tak jadi, keluar pulak FB page Masak Apa Tak Jadi.  PM sebut, makin famous group ni .

6.Emosi terlebih tengok kdrama The World of Married Couple pulak. Abis semua benci Da Kyung (Aku tak tengok lagi, tapi mmg time PKP banyak pulak k drama aku layan dari biase :) 

7. Sama2 pakat hentam Rohingya pulak kat media sosial. Keluar semua gambar lama yg depa bela lembu kat tiang lampu. Baru la cerita kat Langkawi terdedah sama..Ini termasuklah aktiviti menghentam politician Taiwan yg mengutuk negara kita dulu..Perkataan "Mak Kau Ijo" menjadi terkenal tiba2 di Taiwan hahahah

8. Jadi pencinta alam dh pulak semua sbb suka pokok snake plant/lidah jin/mak mertua - aku tak hehe

9. Dh semua makin kreatif, reka tali extension face mask pulak..yg kat belakang tudung org pompuan tu, macam2 kaler, style dan butang (aku pakai je pin rambut lawo2 haha).

10. Tiktok challenge yg "Dont Rush" tu, yg berus jatuh2 ke bawah video, org lain menyambut pula. Aku buat versi whisk kuih raya hehe

Moralnya:
Korang perasan tak org Malaysia ni in general homely type bila tgk list ni. Yang viral semua berkaitan aktiviti isi rumah.  Takde masa nak berdemostrasi, berpiket, mengamuk di jalanan kann..kagum lak bila aku fikir2 kan semula. Malaysia ni memang laid-back. Aku paling kagum, ye la btol, mentaliti orang Malaysia memang simple, padanla drama2 dia pun simple2 je problem, takde nak buat drama or movie gempak2 yang macam alien invasion bagai, sebab memang kita ni jenis chill2, tengok real life la.. Macam mana bagusnya kita berdepan dengan Covid-19 ni.. Suruh berkurung, kita berkurung.. Takdela nak demo bagai macam dkat US sane.. Salute Malaysian 👍

Ok kalau ada aktiviti viral yg tertinggal, sila nyatakan di ruang komen di bawah

Tahun 2020

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan 

Nak simpan kat FB jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur 😢😢

Takkan sesekali aku lupa, setahun sekali FB akan remind.. 

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020 
FASA 2: 01 APR  - 14 APR 2020 
FASA 3: 15 APR  - 28 APR 2020 
FASA 4: 29 APR  - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI  -  09 JUN 2020 (PKPB) 
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📌Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP

📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.

📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. 

📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.

📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun. 

📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp. 

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada. 

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai. 

📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah. 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur. 

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online. 

📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.

📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg. 

📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm. 

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul dipaparan ingatan FB saya dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang kita dustai?

Lakukan kebaikan antara satu sama lain  Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#CopyNPaste
#ForMyReference
#StayAtHome 
#DudukRumah 
#CoronaVirus
#Covid19
#StaySafe 
#KitaPastiMenang
#KitaJagaKita
#SocialDistancing 

CNP...akan jd kenangan abadi selamanya.

Thursday, May 28, 2020

Raya covEID 2020

Semacam di sumpah, pagi2 raya dah ada kes keracunan. Jam 4pagi Mr. AI tiba-tiba mengadu rasa semacam, lepas tu terus berlari gi muntah. And few times more after.
Suddenly dengar ada bunyi orang ketuk pintu, rupanya Man (BIL) tanya ade orang muntah-muntah tak. Turns out Niza pun duk teruk muntah dari kul 3 pagi.
Long story short, kami ber 5 kena keracunan makanan. Apa yang kita makan? Semalam berbuka last day Ramadan memang makan sate dan lokcing je.
Lepas pikir2, kiteorg sepakat, memang lokcing tu la yang tak elok, mungkin salah cara bakar, tak cukup masak kot. Sebab Mr AI ngan Niza memang paling banyak makan lokcing tu. 
Pagi raya penuh drama, nasib jugak kena awal pagi, so dapat gi hospital, masuk drip untuk Mr. AI n Niza.. Yang lain2 muntah sikit2 je, termasuklah aku.. Sebab aku makan tak banyak mana. Tapi power ek, boleh jugak kena 😅
Dalam banyak2 lauk raya, terpakse settled for porridge lah nampak gaya.. Haha.. Raya, cov EID btol.. 

Saturday, May 23, 2020

Raya PKPB esok

Ramai dalam dilemma, tahun ni, DG kata jangan kunjung-mengunjung.. Elakkan gathering walaupun PM Muhyiddin dah announce boleh nak raya sesama family terdekat sahaja on first day raya, provided dalam satu negeri.
Tapi, bila ada kawan2 terdekat yang tak berapa faham bertanya, boleh ke nak datang raya, masing2 tak tau nak cakap macam mana. Ikutkan kesihatan, memang nak say no, tapi ikutkan siratullrahim, macam mana nak jawap? 😅
Apa-apa pun, harap2 korang masih dapat beraya, praktikkan SOP Raya PKPB la.. At least kita masih jaga social distancing dalam beraya bersama2 keluarga macam dalam video ni:

https://youtu.be/N-Ud44BgYQ8

Selamat Hari Raya uols! Take care.. Stay safe ❤️

Wednesday, May 20, 2020

Raya dah dekat.. video raya mana?

Kebiasaannya, kalau dengan geng2 Qatar, skrang time dah sebok2 buat video raya sebarang dua. Tapi tahun ni masing2 macam agak hambar, takde idea dan malas pun iye.

Tapi geng bas skolah ajak jugak buat video, so aku yang malas nak pikir cakao buat macam norushchallenge dah la.. Tapi kite pass2 whisk, pastu tukar baju raya. Then wish Selamat Hari Raya.. 
Semangat dieorg buat, so okla terhasil la jugak satu video raya tradisi di musim kobid19.
Borinh skit video tu, sbab tak jumpe lagu catchy yang sesuai.. 😅 Tapi bolehlah... 

https://youtu.be/D3a1pGIX0cI

Dengan nasib kami2 yang stuck di Malaysia, menunggu saspen apa yang bakal terjadi.. Then tak lama lepas tu petang2, Bulat akhirnya produce video raya dengan footage2 lama muke2 geng biasa.. SENYUM.. (Dia pun sebenarnye sebelum ni macam dah hilang modjo nak buat video.. Penangan kobid19 ni 😅) 
Alhamdulillah.. Apa2 hal, yang penting kita terus SENYUM.. 

Sebak tengok video tu.. Rindu kawan2 dan family di Qatar.. 
Ntahlah ada lagi tak rezeki nak balik sana. Kes2 dkat Qatar menjadi2.. I pray for my frens there.. Semoga semuanya dipermudahkan.. 

https://youtu.be/7hMXrAuXOv8

Thursday, May 14, 2020

10 malam terakhir Ramadan Covid19

Sekejap je rasa bulan Ramadan ni.. 😅 Tup tup tinggal less than 10 days. Aduih.. Ape yang aku dah buat?  Entahla.. Tiap2 tahun rasa macam banyak je benda nak buat.. Tapi, macam same je result every year. I tot dalam PKPB ni, aku maybe akan banyak lagi beribadat, tapi tengok cam same je cam tahun lepas.. 😅
Sekrang aku dah masuk juzuk 25 Al-Quran, Alhamdulillah.. Nasib baik ade geng tadarus, at least aku paksa diri jugak untuk baca. Kalau tak, sure malas.. Duduk rumah sesaja pun same je malas.. Haish..
10 malam terakhir ni, orang mostly pulun nak kejar malam Lailatul Qadar, aku pun teringin jugak.. Harap2 diberikan kekuatan. 
2 hari lepas, aku bagitau Mishel, your birthday is coming really soon.. Dah die mule demand nak calendar pulak, so dia boleh cross hari2 yang dah berlalu.. Kire cam countdown ke birthday dia la 😅

Doa dia hari2 skrang lepas solat, nak robux.. Adei.. Takpela, kecik lagi, itu je la dunia yang dia tau pun.. Haha.. Asalkan nak solat sama2 dah kira bersyukur sangat2. Sayu pulak tengok my bobot nak masuk 8 tahun dah next month.. 😭

Korang buka ape arini? Kiteorg makan ni je..


Haha.. SiL aku beraksi gigih ambik gambo food 😜

Sunday, May 10, 2020

Raya bersyarat 2020

PM Muhyiddin baru announce tadi, PKPB extended ke 9June 2020. Means 4 minggu lagi, so berayalah kita dalam PKPB. Tapi Alhamdulillah macam kes kiteorang, memang family 2-2 blah duduk dekat2, Mr. AI dkat Puchong (but now memang dah memerap di Bangi same2 dengan Ibu Ayah) , family aku dkat Semenyih.
So, bolehlah raya sama-sama, PM cakap boleh berkumpul dengan syarat, takbleh lebih 20 orang, kena duduk jarak-jarak, pakai mask, sanitize bagai cam biase.
Aku sampai sekarang macam tak caya aku dapat rezeki berpuasa, then nak beraya dekat Malaysia. Alhamdulillah. Dah berapa tahun duduk merantau, kali ni Allah bagi peluang puasa penuh dengan family dekat Malaysia, and soon beraya pulak. Itu pun kalau airport Qatar still tak bukak sampai raya la.. (which what was the case, dengar macam akan bukak end June).
Tapi aku baru je seronot takyah buat kueh raya, nak raya virtual je, sekali boleh pulak orang datang beraya.. Dah kena pikir kuih raye jugakla ni hahahaha. 

Ni gamba food berbuka puasa ramai2 haritu dkat Bangi, kakak n adik Mr. AI datang. Ni baru bukak puasa, dah semeriah tu.. Raya kang, tak tau la bape panjang lagi 🤣

Friday, May 8, 2020

gerak antara daerah dibenarkan

PKPB, MROC.. Wa pening.. Gerak antara Daerah boleh, tapi gerak raya raya xbleh 😅.. Max dalam kete 4 org. Kluar tanpa had masa.. So basically, nak shopping raya gi Key Ell, biz almost as usual,.. tapi untuk apa? .. Raya diam2 dalam rumah sudah.. 
Kiteorang pun dah tekad, baju raya beli sepasang sorang je, ckop syarat nak ambik gamba pagi raya. Kalau kotor baju tu, dah back to baju dirumah 😂

Semalam selepas hampir 2 bulan budak-budak ni tak keluar langsung dari rumah, akhirnya berjaya bawak gi rumah nenek atok berbuka sekali dengan cousin-cousin yang lain. 
Terawikh dengan Atok as Imam. Kenangan koronamu.. PKPB ni pun dah nak sampai ke hujung.. Cuma masing2 kena pandai2 jaga diri. Jumpa family terdekat sudah. 

Monday, May 4, 2020

PKPB Harini 4 May 2020

Harini patut nya Malaysia dah start Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat aka PKPB. Tapi turns out banyak negeri-negeri yang tak bersedia dan taknak lagi bagi PKPB sebab kes positive masih lagi banyak, harini naik balik 100 lebih.
So, for some negeri, dieorang still macam PKP biasa.
So, aku pun confuse, boleh ke tak aku keluar berlari ni? 😅

Sunday, May 3, 2020

Iftar ke 8 dan PKPB mulai 4 May

1 May haritu, PM buat pengumuman khas sempena labour day. As hadiah hari labour dieorg dah benarkan banyak lagi bisnes to open as usual. Ini termasuklah shopping mall. Dieorang panggil PKPB pulak, means Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat.
Contohnya restaurants dah boleh dine in, tapi kena siap2 buat meja kerusi tu jarak-jarak.
Then yang paling aku suka dalam banyak2 is, berlari berbasikal individu dah dibenarkan dekat luar. Tapi aku tak brapa setuju dia benarkan dalam group tak lebih dari 10. Ko biar jela dieorang tu bersukan sorang-sorang. Tak payahla kasi chance untuk dieorang ni guna alasan untuk berkumpul 😅. Takpela, janji aku bleh lari keluar dah start isnin nanti.

Hari ni kiteorang berbuka macam-macam. Ibu dah ada youtube channel untuk kumpul resepi-resepi menarik. Kalau nak cuba masak macam Tok Mi, bolehla subscribe. Sementara masih dalam PKP ni, rajinla Mr. AI mengupdate resepi collection. Dah abes PKP nanti tak tau la camana. Tu yang tetiba meriah gile pulak food semalam. Aku siap buat sizzling yee mee. Nanti aku share resepi mane aku try, senang dan sedap 😋

Yang pasti, aku mesti rindu. Ingatkan dapatla teruskan PKP camni sepanjang Ramadan, tapi dah ade PKPB pulak, sah-sahla akan kurang best Ramadan dah. Dari tak ada alasan nak keluar shopping raya, dah bukak pulak kedai macam biasa. Kompemla ramai keluar membeli, termasukla kami. Maka kuranglah masa untuk l fokus dekat ibadat. 😞

Okla, till then.. 

Wednesday, April 29, 2020

Resepi bubur lambuk pantai timur cara TokMi

Resepi bubur lambuk pantai timur cara TokMi

1cawan beras, & air lebih kurang 750ml
dimasak hingga jadi bubur (Boleh start masak ni awal2 dulu, sebab ambik masa nak jadi bubur. 

 *Bahan2 Optional* 
(masuk lepas bubur dah masak) 
Hirisan daging segenggam 
Ikan kering segenggam
Ikan bilis segenggam
Udang dipotong kecik segenggam

Bahan2 A :ditumbuk halus (kalau malas blend je) 
Ikan kembung/tenggiri (direbus atau dibakar) diambil isi sahaja (semangkuk kecik) 
Halia 3 cm
Bawang merah 7ulas
Serai 5 batang dihiris2
Belacan 2cm
Lada hitam 1/2 SB
Udang kering segenggam 
Stok ayam 1/2kiub (optional) 

Bahan2 B
Kerisik 1/2 mangkuk kecik
Santan 2 senduk- (yang dicampurkan dengan 1 mangkuk kecik air) 
1SB garam (atau ikut citarasa)

Bahan last skali
Daun pucuk manis/pucuk paku merah - 2 genggam (kalau takde boleh ganti dengan sawi pakchoy yang dipotong kecik2) 
Cara-caranya
Masukkan bahan2 A yg ditumbuk kedlm bubur
Masukkan bahan2 B ikut urutan dibawah:

Kerisik
Santan 2 s
1SB garam (atau ikut citarasa)

Tunggu mendidih sekejap, masukkan
Stok ayam 1/2kiub (optional sebagai penaik rasa) 
Last sekali baru masukkan
Daun pucuk manis

Kalau pekat sangat, tambah air sikit (kepekatan the best macam dalam gamba dibawah) 
So, hari ni Ramadan PKP MCO ke 6 kiteorg berbuka simple je tapi cukup lengkap, sebab dalam bubur lambuk pantai timur ala TokMi, macam-macam ado. Makan semangkuk pun kenyang!

Ok, jumpe lagi di lain siaran.. Chioww

Tuesday, April 28, 2020

Resepi Kari ayam mudah dan sedap TokMi


Harini PKP /MCO /RMO day 42. Kiteorang berbuka lauk kari ayam. Kari ibu memang terbaik, so taknak lupa resepi ibu, aku nak simpan dalam blog aiap-siap. Nanti tak tau dah bila lagi dapat peluang nak belajar dengan ibu. 
Dah ada kari ayam, bolehlah esok menajala. Musim PKP ni, aku memang buat food yang tak membazir la, apa yang budak-budak makan baru nak buat, kalau tak, malas nak cuba-cuba. 

Bahan2 A
Bawang merah 9ulas
Bawang putih 4ulas
Halia 2inch

Bahan2 B
Bunga lawang 4
Kayu manis 2

Minyak masak 0.5mangkuk utk menumis

Bahan2 buat paste
Serbuk kari adabi (ayam/daging) 1 mangkuk kecik
1 mangkuk air

Bahan2 C
Ayam size besar - 1/2ekor
Santan kara 1 kotak
Pati kiub ayam -1/4kiub
Air masak 3.5 mangkuk (atau ikut kepekatan) 
Cara-cara
Tumbuk bahan2 A (diasingkan separuh utk menumis*)
Separuh lagi, dicampurkan dengan rempah kari dan air dalam lesung batu yang sama utk buat paste.

Tumiskan bahan2* bersama bahan2 B. 
Bila dah garing, masukkan paste.
Goreng sampai garing cantik, lebih kurang macam gamba:
Masukkan ayam, 
Masukkan santan, 
Masukkan air, ikut kepekatan yang dikehendaki. 
Biarkan menggelegak, kacau skali skala.. (kalau suka kentang boleh masuk time ni)

Bila tgk ayam dah masak (rupa dah kecut) , boleh kecikkan api dan biar hingga pecah minyak. Perasakan dengan kiub ayam (dalam suku size kiub) dan garam secukupnya (dlm 1.5 sb). 
Camni lebih kurang rupa pecah minyak

Agak-agak dah rasa sedap, bolehla dihidang. 😁
Click link di bawah untuk versi youtube video, senang lagi nak paham.

Ni menu Ramadan ke 5 kami, kasi idea. 
Simple tapi paduuu 👍

Saturday, April 25, 2020

Resepi Daging masak Kunyit Tokmi

PKP day 42, Ramadan quarantine hari ke 2, menu berbuka kami kali ni favourite budak-budak jugak, so senang, 1 dish untuk satu family. Ibu kata resepi daging masak kunyit ni dari kelantan, so manis-manis sikit. Padanla budak-budak suka. 

Daging Masak Kunyit - masak macam TokMi


Bahan-bahan:

Bahan A
Daging btg pinang 250gm dihiris nipis
Halia 2cm diketuk
Bawang merah 1 biji diketuk
10 sudu air
Kunyit serbuk 1.5sudu
Garam 0.5sudu

Bahan B
asam jawa (1.5 sudu) + campur dengan 14sudu air
Gula 1.5 sudu
Bawang besar 0.5biji dihiris
Cili merah 1biji dihiris
Minyak masak 5sudu

Cara masak

Bahan2 A dimasukkan ke dalam kuali dan digaul, masak hingga empuk. 
Kacau sekali sekala. 

Lebih kurang tengok air dah kering:

Bila Air dah kering, daging dah empuk, (tips nak empuk cepat, masukkan 1 sudu kecik besi masa masak daging tu) 

Dah kering, masukkan minyak, goreng kejap. 
Masuk cili n bwg besar
Tambah air 1 mangkuk (atau lebih ikut nak kuah banyak ke tak, tapi kalau buh banyak sangat takut tak sedap) 
Masukkan dengan garam & gula. 
Optional tambah kicap manis (cap udang) sikit

Rasa, kalau kurang tambah garam (dalam secubit)


Enjoy.. Ni menu berbuka Ramadan ke 2 PKP MCO kiteorang, kasi inspirasi skit:

Friday, April 24, 2020

Ramadan quarantine pertama #koronamu

Alhamdulillah, dalam kita mengeluh, Allah masih sayangkan kita. Bagi peluang bertemu sekali lagi Ramadan. Dah selamat berbuka dengan lauk yang sangat meriah. 



Rasa special sangat Ramadan quarantine ni, sebabnya semua sama2 satu family, dari bersahur, solat subuh, sampailah berbuka, maghrib, isyak dan terawikh. Alhamdulillah.

Tenang sangat, takde rushing2 nak kejar keluar ke, dah abes, terus boleh lepak tengok tv pulak.. 

Pagi2 tadi aku pun berjaya join geng tadarus Doha, (memang tahun lepas lagi dah sama2 khatam dengan dieorg). Tahun ni, kiteorg cuba lagi, dengan tambahan 2 orang ahli. Kul 9 pagi Malaysia/Singapore, 4pagi Qatar, kami semua bertemu di Zoom.
Ok jugak, clear, take turn baca sorang 1 page, sampailah juz 2. 

Semoga istiqomah. 

Thursday, April 23, 2020

Ramadan di zaman PKP Covid19

PKP, MCO hari ke 37.. PM Muhyiddin baru announce lanjutan PKP fasa 4, so as expected pun.. Memang dah bersedia mental nak raya dalam rumah je ni 😅.

Malam ni masuk Ramadhan pertama di Malaysia. So, the new norm is everyone to stay input and pray with their families. Lebih banyak masa, takyah sebok fikir pasal majlis berbuka sana sini. Semoga kita istiqamah dan cuba ambil peluang keemasan ni untuk lebih fokus dalam memperbaiki ibadah, InsyaaAllah..

Ramadhan Kareem uols.. 

Aku pun baru abes lari 9km keliling bilik ke bilik. Mental.. Tak sangka berjaya. Ini dek sebab virtual run challenge, 21.1km dlm masa 4 hari, so aku berjaya lari 7, 5.1 then 9km. Alhamdulillah 💖. 

Ramadhan nanti mungkin tak mampu nak berlari, so kena carik program lain untyk stay fit. Perut ni dah tak tau kembung camane dah.. 😅.. May Allah give me strength 💪. 

Tuesday, April 21, 2020

Bermain Musical chair sempena Covid19 at Econsave

Hari ni, PKP/MCO/RMO yang ke 35. Lagi bape hari nak Ramadan.. Satu hikmah dalam musibah Alhamdulillah. Ramadan kali ni, mungkin kita dapat fokus lagi dlm ibadah, dah takyah sebuk majlis buka puase sane sini. Duk rumah diam diam..

Pagi jam 1130 camtu aku ke Econsave, sebab dah few times pegi beli barang2 dapur dkat Jaya Grocer, terasa sangar beza harga, so nak tak nak aku redha la jugak gi econsave, which mean kena beratur dari pintu masuk.. 😅 (Sebenarnye penah kena skali nasib baik, kosong, takde beratut, terus dapat masuk.. Mungkin tengok time).

So, sampai2 as aspected line cam ular sawo.. Berliku-liku.. Tak lama lepas ty, guard dtg tanye dkat pakcik depan aku, 'Umo 60 tahun ke atas ka?' Pakcik tu angguk.. 'Ok mari sini..' Guard tu tunjuk arah pintu masuk.. Untonglaa.. Bagus jugak, kesian warga-warga emas tu kalau kena beratur.

Tapi line xdela lame sangat pun, kejap-kejap moving forward.. Then bila nak dekat2 sampai pintu masuk tu, ada susunan kerusi untuk duduk tunggu.. Terus aku teringat game musical chair. Hahaha.. Layan...

lupe plak nak timing bape lame beratur.. Tapi bagi aku ok je time tu, worth it, aku dapat beli hampir semua yang dalam list aku.. Persiapan nak masuk Ramadan jugakla ni, harap2 tak payah keluar selalu dah..


Tuesday, April 14, 2020

Kopi Barista

Not that I like coffee that much, but I like the idea of a cool barista.. Making those coffee from scratch. Maybe I'll give this a try.. What else to do whilst stuck at home right?

Building a skill seems like a good idea. Maybe after this, I can finally open up that dream cafe of mine. I dunno.. These few years has been horrible to me. I got scared to venture into new business.. Unlike few years back.
What is happening? I dunno..
But slowly I'm trying to gain back my confidence.. Trying to build some skills that might work for my benefits. 
Starting with caffee latte today with the new coffee machine we got from Shoppee.. 😅

#koronamu day 33 stayed at home in Malaysia

Saturday, April 11, 2020

Basikal, Zwift and K-Drama

Ok, I have lost many days..  I didn't write anything. Kinda forgot the pledge I hold after my ehem-ehem birthday.. Today suddenly remembered my dear bloggy.. :D

Today, after many days of feeling lost, stress, bored in quarantine day (literally lost count).. I finally got the chance to join few of my tri-buddies, oh actually more like tri-sisturz to Zwift. Yeah, I don't really have the complete equipment to set my zwift, so what I can, is to just view them on Zwift, whilst I ride on the cheap trainer we bought from Shoppee last week (yes! this is for real!) whilst also watching my K-Drama for this week: What's Wrong with Secretary Kim.

Here's the cheap bike trainer I bought from Shopee.. it's RM160ish after discount. The quality is as aspected, but it is still fine, at least I can ride something :D


The K-Drama on another hand, hurmmm... like the typical korean love-story, where the hero is tall, supposedly handsome (not really my type), with a petite and cute heroin, 2 of which main tarik tali, kadang suke suke suke.. kadang, benci benci benci, but in the end, memang like each other, and finally kiss- the kiss yang ala ala malu malu kucing tewww.. nyampah. (tapi aku enjoy jugek tengok, gelak2 sambil berbasikal dengan kawan2). And oh yeah, I turn on discord call with them, so, we talked too whilst riding.. haaa.. brapa kerja dalam 1 tu.. only for women right? hahaha.. multi-tasking


So at the end of their 40km (and I'm not really sure how long was mine, but I rode the entire 1 hour 38minutes with them, I'm guessing same-same more o r less haha padahal slow) we had the best time after sooooo long of not talking or riding together. It was kind of a release for me too. Now I felt better. I really have to do it more often. Oh yeah, few hours before the ride, I also did a 3km indoor run, literally running in my baju tido barefooted from room to room whilst (haha u guessed it) holding my phone to watch Netflix on the same k-drama.. yeah.. cam addict.. nak buat camane.. things I do to keep sanity in tact :D

So today case,
Qatar COVID 19 update as of 11 Apr 2020

Malaysia COVID 19 update as of 11 Apr 2020


Till then, chiowww

#KoronaMu Day 30 in Malaysia.

Kuarantin fasa 3: 14-28Apr 2020

Ok, it's official, the Restricted Movement Order is extended till 28th April 2020. And yes, we are still in Malaysia, not allowed to fly back to Qatar just yet.
Kinda relief that we are still in Malaysia in a way, although kinda miss my home in Qatar too. I dunno what's happening there now.. My maid is all I have to take care of it, I just wish she's ok.
Why do I say I kinda like the fact that we are in Malaysia? Because the way they handle the Covid 19 cases. And how thorough and clear are they reporting the cases to the public on daily basis.. So we are not left in the dark.. We are very much aware who got it and where.. It's good.. So we can avoid the infection as much as possible too... InsyaaAllah 
Hurm.. Yeah I know the big next clusters are coming.. The so-call kluster dari kayangan.. Amboi demand.. 😅 
Skali aku lesingggg baru tau! 
Ok, to end today's note, I blanje gamba oreo balls I buat smalam 🤣🤣🤣

Saturday, March 28, 2020

Exercise vs Covid 19

Yup, as expected.. Today we reached 2k over of Covid 19 positive cases in Malaysia.. And I woke up earlier with a slight sore throat 😔.
When I told hubster, he himself got some kind of panic attack, started to feel shortness of breath.. Started to think he got the symptom too. But then he jumpe off straight to do some exercise and house chores.. Lucky for me.. And lucky also si for him, the symptom then disappeared. 

I've been reading a lot on people's blog.. How they're getting along with the RMO, some are doing ok.. But some are struggling.. Especially the one with small accommodation. Going out was their way to get sane.. Yes I was using the outing for my sanity too.. So I totally understand..
RMO has restricted going out running or cycling even if doing it alone too.. So I pity those.. But they should have listened to the government, it's the law.. This is the sacrifice we have to do in this hard time.. 

We just have to bare it. 
Almost there guys.. We can do it! 😅 (I know, that's annoying)
#Flatteningthecurve #StayHome 

Wednesday, March 25, 2020

The expected vs the unexpected

26 March 2020
Yesterday, the PM announced RMO being extended for another 14days. It's expected, as the condition in our country is not really good. We are nearing 2k cases now.

Then today morning, I received a shocking news about a dear friend of mine: Jay Gran. He past away due to pneumonia. I really had a hard time believing the news. I mean, really? .. It doesn't felt real. Unexpected.. 
           last picture of Jay with Esther 

I got to know Jay way back when I was doing industrial training or you also known as 'internship' with Siemens.
He was like the glue to all the interns. He'll brought everyone together, planning lots of outing... Hanging out and etc.. Always so cheerful character. And he's the one to remember.. 
I have missed him.. And now with RMO, we can't even go to pay our last respect to him 😭. 
Rest in Peace Jay.. Thank you for everything ❤️. 

Monday, March 23, 2020

Things to do whilst staying at home during Restricted Movement Order (RMO)

Ok, it's day 6 for Malaysia, but day 13 for us. Not complaining.. Just wanted to share some ideas to people senasib like me. Heh..

1. Sleep in
Yeah, take your nap longer, now's the time!  Wake up for subuh, then yeah.. Yoy may continue for another hour or so..

2. Yoga
Relax and do some stretching to get the zen. Chill and relax, and keep your sanity intact. Yeah I know, sometimes it's hard to push ourself to even laying out the yoga mat.. I've been there.. But tell yourself, what else to do? 😂

3. Cook
I don't really enjoy this bit. Because I'm really not that strong. If I cook, I'll eat more.. And I will easily put on weight 🙄.
But this is the time to improvise your cooking skills with the littest ingredients you have in your kitchen. 

4. Games
Create a game to play with your family. Luckily for me, just a day before RMO, managed to buy 2 set of badminton, so the kids would grab on and play from time to time.. And they seems to enjoy it too. 

5. DIY
Yeah.. It's time to get creative. Draw that picture or doodle.. Not into it? Then do it anyway.. What else to do at home! 😂
ok nanti sambung.. My husband dah panggil. Chiow! 

#Koronamu dan RMO

Harini aku berjaya puasa sunat Isnin.. Alhamdulillah.. Susah gile nak puase bilemana dah duk biasa pagi tengah hari, petang malam asyek makan, makan dan makan.

Apa lagi nak buat bila stuck dalam rumah dek kerana RMO tu. RMO is Restricted Movement Order.. Bahasa ibundanya Ko duk rumah diam2. So makan je keje.. Aku paksa jugak puasa sebab nak jugakla put a control sebelum semua seluar ketat dan tertetas 😅

Hari ni turn aku kena ke kedai runcit, beli bahan mentah.. Cepat pulak abes sejak semua duduk membesar dirumah 😅

Keluar beli barang cepat-cepat, sekali ternampak gerai cendol still menjual. Aik? Ingatkan RMO ni tak boleh bukak? Tapi maybe sebab kawasan agak tersorok, pakcik tu beranikan diri. Lagipun kesian jugak, mungkin itu je satu-satunya mata pencarian dia..

Aku yang kepingin cendol ni, dengan redho berenti tepi, tapau 5. Ya Allah RM2 je satu? Balik modal ke tak pakcik? Dalam hati aku terdetik.



Tapi itula, dalam zaman sosial media ni, kadang ramai sangat cepat gile nak melenting marah orang tu bodoh, orang ni bodoh.. Apsal la degil tak dengar cakap.. Break the chain, break the chain.. Orang kata.. Tapi realitinya?

Isu balik kampung: Ada kawan aku sendiri mengaku, terpaksa balik kampung hantar anak2 dia untuk parents jaga, sebab sekolah, taska dah tutup, laki bini kena keje. Hmm

Isu doktor tak ngaku sakit: Rupanya doktor dah dapatkan kebenaran, dan sebab dia ke negara Turkey, yang Malaysia tak declare high risk, takde sape nak sebok suruh quarantine. Ini yang aku rase agak ralat dengan health system Malaysia. Kawan aku sendiri, yang baru balik travel, nak ke spital untuk check sakit belakang, tapi bila nurse tanya2 soalan, dia ade batuk dan penah demam, terus spital reject kes, suruh pegi test Covid19 dulu. Bila dia pegi hospital yang boleh test Covid19, spital tu pulak reject dia, sebab kes travel dari negara yang bukan high risk. So, nak salahkan rakyat marhaen sendiri pasal tak check and aware kebarangkalian dia ade Covid19 aku rasa tak boleh jugakla.. Sebab sistem hospital kita sendiri pun nampak macam ambik mudah, sangat berkira untuk orang buat test Covid19 ni. Tau la sebab kos mahal, tapi kalau terus2 macam ni, memang dah terlambat la nak saring sapa yg dah infected, sape tidak. Bukan semua orang mampu nak pergi bayar sendiri kos check Covid19 ni. 
Bila baca kronologi kes2 kematian dr virus ni, mostly mesti kes dieorg mule2 disuruh balik dulu, dah teruk, bape kali berulang spital baru nak test Covid19, time tu mungkin body dia dah lemah.. N dah terlambat 😔. Waallahualam 

Apa-apa pun, aku suka tengok movie2 pasal penyakit virus ni macam Contagion, 93days, bagi some ideas how it spreads and what it's like being on their shoes, i.e shoes doctor, shoes pesakit, shoes keluarga pesakit, shoes government dan sebagainya.. Sebagai iktibar.. Manalah tau, kes2 Malaysia kan dah makin teruk, I am just preparing for the worst. 😔

Get well soon Malaysia. 
... Day 5 of RMO.. 

Friday, March 20, 2020

#KoronaMu

The world seems to be too relax when the first case of coronavirus were detected in Wuhan end of Dec 2019.
I dunno why, but I kinda felt different with the virus, I was supposed to book our family trip to Athens in early April, but somehow, because of the outbreak, I just don't feel right to proceed. I waited out.
Everyday I search for flight and accommodation there, but I still didn't feel good enough to book.
Luckily I didn't. 
The outbreak got worst. 

Today, 20th of March 2020. 
It has now reached pandemic status. Not only that, but other countries seems to following through the number of infected people as was in China. 

A lot could happen in few weeks. 
Last week, my husband was suppose to come back from Nepal from a trip that was arranged like a year ago. But, Qatar suddenly stop anyone coming from Nepal, they have to go to unbanned country for 14days before they can come back to Qatar. 
So, with no choice, he and 4 other friends (all working in Qatar) diverted to Malaysia. Staying there, under self quarantine. Hoping everything will go as smoothly. But.. The situation has gotten worst. 
My gut feelings, from the day Qatar announced closure of all schools in Qatar was right. There will be more strict direction from the government.

 I took a swift action. For me, rather than we are separated, might as well we go back to Malaysia to be together, because a lot can happen in 14days. So, on Wed night, 11th of March, I boarded the flight back with the kids. 


The airport was literally empty. Not with the usual crowds. We were keeping our distance with everyone. Sanitizing all the time. Whilst we were walking towards the aeroplane door, I saw the news: Qatar's coronavirus case hit 238. 
Then there's a news from Kuwait, closing their airport for all incoming and outgoing flights. My god, at that moment, I knew I have made the right decision. Qatar usually will follow close with Kuwait. I was worried for my friends. 

We are about to take off, leaving Qatar behind. My second home. I left with a heavy heart. But, if we are to be locked down, I rather be locked down with my family together in Malaysia. So, I don't really want to think of what the future holds. We may not be able to go back to Qatar.. But is it better to be separated? 
I told the same thing to my friends. 

Today, 20 March 2020.

Qatar has stopped all incoming flights for 14 days. Which mean we can only go back on 1st of April. 
Malaysian cases has gone worst. We are nearing 1k. And we only started with Restricted Movement Order (RMO) for 2 days. Same order which Qatar has taken when they got only 20s cases. I would say Malaysia was a bit late. Some more, the RMO was not that strict enough. People in Malaysia seems to ignore it. 
The day they implemented the RMO, instead of staying put in the house, more people flees all over the country to be with their parents in the village. Just like in Italy when they started to announce lock down. 
Hmmm.. 
Today italy has gone worst than China, surpasses their total deaths. 
I wonder, what will happen to Malaysia.. 


Stay put in your house Malaysian. Don't be selfish and think nothing could ever happen to you. Because as of now, nobody knows who's next. 

Quarantine day 2 for the whole of Malaysia.. But it was day 8 of self quarantine for us. A long way to go.. And many possibilities to come. 

-We can only hope for the best-

Monday, March 2, 2020

020320

This is it.. The beginning of my 4series. Some people said, life starts at 40, some said you are lucky to ever hit 40 nowadays. With coronavirus pandemics and all.. I still feel very blessed and thankful to be alive.
I used to tell myself, I don't want to live too long, I hope I'd died by 42 😅 don't really know why I set such a dark goal haha.. 
We'll see if that's true eyy.

I guess when you hit 40, you kinda want to take the goods rather than the bad. So here goes.. 
I am thankful for the 3 beautiful kids I am blessed with.. 
I am thankful for the husband that are still with me after all these years.. 
I am thankful for having the kind of life, that even without job, I'm able to enjoy a liittle here and there sometimes..
I am thankful for still having my parents 
I am thankful for having the best set of friends supporting me, guiding me..
... Yada yada.. 
So, my new resolutions with 4 series are:
1- eat less
2- write more

Nite nite!