4 bulan lepas, drama siri 'Misi Kathmandu ke Doha' bermula.. Malam 11 March 2020 kami pulang ke Malaysia.
Niatnya hanya 2 minggu, meneman daddy yang baru pulang dari Nepal.
Masa tu, Qatar tiba-tiba keluar arahan tak benarkan sesiapa dr Nepal masuk kecuali lepas self kuarantin 14 hari di negara2 yang rendah kes Covid-19. Maka Daddy pilih kuarantin di Malaysia. Time tu, kes kes Covid-19 ni makin serious. Qatar dah start tutup sekolah. Terover risau, kami yang masih di Qatar pun ikut sama pulang.
Sempat lah sebelum balik tu lepak dengan Nanie, kopi2 dkat dfc.
Lepas tu dekat airport, lepak dengan Bee, Wan dan Nadine sampai tiba masa nak fly.
Tak ku sangka, itulah kali terakhir kami disana.
Lagi berapa hari nak balik sana, Qatar tiba2 tutup airport utk kemasukan semua negara. Rakyat dia je boleh masuk.
Jadi bermulalah PKP kami di tanah Malaya. Masa itu, terasa beruntungnya dapat bersama2 keluarga, beruntungnya dapat berpuasa penuh dan berhari raya.
Walaupun tak boleh keluar rumah, kami gembira.
Makin hari kes semakin berkurang di Malaya, dari 4 angka turun ke 2.. Tapi Qatar nampak tak susut2. Makin naik mencanak canak. Flatten the curve dia capai di tahap 1000 kes 😂.
Entah apa yang tak kena..
4 bulan dah, kami masih sabar menanti.. Tapi ade la jugak rase risau, company mana yang baik sangat hati bayar gaji percuma berbulan-bulan.
Qatar akhirnya memberi sinar harapan.
1 Aug: tarikh kebenaran masuk..
Tapi..
25June, kami dikejutkan berita, 120 staff Aljazeera yang stranded diberhentikan kerja serta merta. Semasa kami masih berada diluar.
Semasa kami masih tersekat untuk pulang.
Tidak ada satu pun panggilan untuk berbincang.
Tidak ada satu pun panggilan untuk pengakhiran secara hormat. Semua orang jadi pengecut. Bagi email je, lepas tu remove access, jadi just few people yang sempat dapat email termination. Daddy 3M baca dari screenshot colleague dia je. Kejam..
Kami seolah olah diusir pergi seperti sampah..
Tiada pengakhiran yang sempurna.
.
Selamat tinggal bumi bertuah.
Yang kami sanjung bak negara sendiri.
Selamat tinggal sahabat2,
Yang membantu kami dikala diuji.
Semoga panjang umur, bertemu kembali. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 mu.
Terima kasih ❤️
Kami redho dengan ketentuan ilahi.
Something better will come along.. InsyaaAllah
Berakhirnya Qatar adventure kami di tahun bertuah 2020.
No comments:
Post a Comment