Harini aku berjaya puasa sunat Isnin.. Alhamdulillah.. Susah gile nak puase bilemana dah duk biasa pagi tengah hari, petang malam asyek makan, makan dan makan.
Apa lagi nak buat bila stuck dalam rumah dek kerana RMO tu. RMO is Restricted Movement Order.. Bahasa ibundanya Ko duk rumah diam2. So makan je keje.. Aku paksa jugak puasa sebab nak jugakla put a control sebelum semua seluar ketat dan tertetas 😅
Hari ni turn aku kena ke kedai runcit, beli bahan mentah.. Cepat pulak abes sejak semua duduk membesar dirumah 😅
Keluar beli barang cepat-cepat, sekali ternampak gerai cendol still menjual. Aik? Ingatkan RMO ni tak boleh bukak? Tapi maybe sebab kawasan agak tersorok, pakcik tu beranikan diri. Lagipun kesian jugak, mungkin itu je satu-satunya mata pencarian dia..
Aku yang kepingin cendol ni, dengan redho berenti tepi, tapau 5. Ya Allah RM2 je satu? Balik modal ke tak pakcik? Dalam hati aku terdetik.
Tapi itula, dalam zaman sosial media ni, kadang ramai sangat cepat gile nak melenting marah orang tu bodoh, orang ni bodoh.. Apsal la degil tak dengar cakap.. Break the chain, break the chain.. Orang kata.. Tapi realitinya?
Isu balik kampung: Ada kawan aku sendiri mengaku, terpaksa balik kampung hantar anak2 dia untuk parents jaga, sebab sekolah, taska dah tutup, laki bini kena keje. Hmm
Isu doktor tak ngaku sakit: Rupanya doktor dah dapatkan kebenaran, dan sebab dia ke negara Turkey, yang Malaysia tak declare high risk, takde sape nak sebok suruh quarantine. Ini yang aku rase agak ralat dengan health system Malaysia. Kawan aku sendiri, yang baru balik travel, nak ke spital untuk check sakit belakang, tapi bila nurse tanya2 soalan, dia ade batuk dan penah demam, terus spital reject kes, suruh pegi test Covid19 dulu. Bila dia pegi hospital yang boleh test Covid19, spital tu pulak reject dia, sebab kes travel dari negara yang bukan high risk. So, nak salahkan rakyat marhaen sendiri pasal tak check and aware kebarangkalian dia ade Covid19 aku rasa tak boleh jugakla.. Sebab sistem hospital kita sendiri pun nampak macam ambik mudah, sangat berkira untuk orang buat test Covid19 ni. Tau la sebab kos mahal, tapi kalau terus2 macam ni, memang dah terlambat la nak saring sapa yg dah infected, sape tidak. Bukan semua orang mampu nak pergi bayar sendiri kos check Covid19 ni.
Bila baca kronologi kes2 kematian dr virus ni, mostly mesti kes dieorg mule2 disuruh balik dulu, dah teruk, bape kali berulang spital baru nak test Covid19, time tu mungkin body dia dah lemah.. N dah terlambat 😔. Waallahualam
Apa-apa pun, aku suka tengok movie2 pasal penyakit virus ni macam Contagion, 93days, bagi some ideas how it spreads and what it's like being on their shoes, i.e shoes doctor, shoes pesakit, shoes keluarga pesakit, shoes government dan sebagainya.. Sebagai iktibar.. Manalah tau, kes2 Malaysia kan dah makin teruk, I am just preparing for the worst. 😔
Get well soon Malaysia.
... Day 5 of RMO..
No comments:
Post a Comment