Tuesday, December 9, 2014

Kepulanganku dari Malaysia

Aku baru balik dari KL, memang satu minggu lebih yang penuh dengan aktiviti ilmiah! Tepu otak! Harapnya masih bagus untuk diestrak keluar untuk di jadikan action plan hehehe.

2 hari sebelum berangkat pulang, badan tiba-tiba jadi lemah, terus demam panas yang dah lama tak kena. Badan mengigil kesejukan, tapi temperature tinggi.. sampai sakit telinga. Masa balik naik flight dengan Mishel pun, still naik temperature. Hmm.. adakah ini rezeki untuk menghapuskan dosa-dosa kecil? :)

Setibanya di Qatar, petang itu, aku gagahkan diri untuk sama-sama berlari.. tetapi kerana Maqeel yang agak cranky, aku tidak dapat meneruskan larian dengan jarak yang betul. Sekadar berlari disekitar dia, yang sedang syok bermain di tempat senaman.

Pagi tadi pula, aku cuba untuk ke ofis, bekerja dari jam 7 sampai 12, akhirnya aku mengalah juga, setelah di yakinkan beberapa kali oleh sahabatku di ofis, agar aku pulang berehat. Ya, sebenarnya demamku masih belom kebah. Batuk dan selsema pula takyah cakaplah, memang mengganggu!

Jadi mungkin aku akan ambil cuti rehat sampai hujung minggu, kalau masih tak rasa demam kebah. Hmm.. rasa bersalah untuk ponteng kerja lagi, tetapi, apakan daya, inilah lumrah kehidupan.

Doakan kesihatanku kembali! :)


No comments: