Saturday, September 24, 2011

Hajj soon insyaallah...

Alhamdulillah.. my husband and I got our hajj approval number few days back. Means, we are 50% there, in our pursue of completing the fifth pillar of Islam,

...insyaAllah

At first, I was hesitated about writing anything to do with religious in my blog. Coz, personally I am not that very good in that area, I hardly even improve my knowledge too. My journey to the 'good' side is like waves, sometimes I'm up high and motivated to proceed... sometime I'm down below, forgetting the purpose of the creation of mankind, and be gone with the world surrounds. I'm only human..a normal being.

And for me to talk about my journey to hajj is like.. something that I am scared of. I have no confident upon. And knowing that most of the readers are among friends who know me personally... I am terrified. I admit, I am scared of being judge.  Malu pun ade. Ye la.. who am I to write about such a holy journey, takut salah tulis je.

But Insyaallah.. all judging-fear aside, I will start writing on our journey here starting from today, to keep as our memory and hopefully serve as a lesson for us all. 

Please bear in mind, if it's any good, it is from Allah, and if there's any bad or wrong.. it is from me -his humble slave.

First of, I'd like to share this piece that i found on the net while surfing for hajj-thingy. It is simple, yet it had motivated me to write and share.. may he/she be rewarded for this...insyaallah..

MOTIVASI HAJI

Hari ni tak berapa rajin nak tulis. Terjumpa lagi satu artikel dlm Panglima 7.Mudah2an penulis ni mendapat limpahan pahala atas perkongsian ilmunya. Korang layan je lah...

Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman,menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak.Tentang syurga,neraka dan berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman,ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlah menjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah swt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingati Allah swt dalam setiap urusan dunia kita?

Wallahu alam....

1 comment:

zals said...

good luck.. insyaAllah haji mabrur!!!