Thursday, May 28, 2020

Raya covEID 2020

Semacam di sumpah, pagi2 raya dah ada kes keracunan. Jam 4pagi Mr. AI tiba-tiba mengadu rasa semacam, lepas tu terus berlari gi muntah. And few times more after.
Suddenly dengar ada bunyi orang ketuk pintu, rupanya Man (BIL) tanya ade orang muntah-muntah tak. Turns out Niza pun duk teruk muntah dari kul 3 pagi.
Long story short, kami ber 5 kena keracunan makanan. Apa yang kita makan? Semalam berbuka last day Ramadan memang makan sate dan lokcing je.
Lepas pikir2, kiteorg sepakat, memang lokcing tu la yang tak elok, mungkin salah cara bakar, tak cukup masak kot. Sebab Mr AI ngan Niza memang paling banyak makan lokcing tu. 
Pagi raya penuh drama, nasib jugak kena awal pagi, so dapat gi hospital, masuk drip untuk Mr. AI n Niza.. Yang lain2 muntah sikit2 je, termasuklah aku.. Sebab aku makan tak banyak mana. Tapi power ek, boleh jugak kena 😅
Dalam banyak2 lauk raya, terpakse settled for porridge lah nampak gaya.. Haha.. Raya, cov EID btol.. 

Saturday, May 23, 2020

Raya PKPB esok

Ramai dalam dilemma, tahun ni, DG kata jangan kunjung-mengunjung.. Elakkan gathering walaupun PM Muhyiddin dah announce boleh nak raya sesama family terdekat sahaja on first day raya, provided dalam satu negeri.
Tapi, bila ada kawan2 terdekat yang tak berapa faham bertanya, boleh ke nak datang raya, masing2 tak tau nak cakap macam mana. Ikutkan kesihatan, memang nak say no, tapi ikutkan siratullrahim, macam mana nak jawap? 😅
Apa-apa pun, harap2 korang masih dapat beraya, praktikkan SOP Raya PKPB la.. At least kita masih jaga social distancing dalam beraya bersama2 keluarga macam dalam video ni:

https://youtu.be/N-Ud44BgYQ8

Selamat Hari Raya uols! Take care.. Stay safe ❤️

Wednesday, May 20, 2020

Raya dah dekat.. video raya mana?

Kebiasaannya, kalau dengan geng2 Qatar, skrang time dah sebok2 buat video raya sebarang dua. Tapi tahun ni masing2 macam agak hambar, takde idea dan malas pun iye.

Tapi geng bas skolah ajak jugak buat video, so aku yang malas nak pikir cakao buat macam norushchallenge dah la.. Tapi kite pass2 whisk, pastu tukar baju raya. Then wish Selamat Hari Raya.. 
Semangat dieorg buat, so okla terhasil la jugak satu video raya tradisi di musim kobid19.
Borinh skit video tu, sbab tak jumpe lagu catchy yang sesuai.. 😅 Tapi bolehlah... 

https://youtu.be/D3a1pGIX0cI

Dengan nasib kami2 yang stuck di Malaysia, menunggu saspen apa yang bakal terjadi.. Then tak lama lepas tu petang2, Bulat akhirnya produce video raya dengan footage2 lama muke2 geng biasa.. SENYUM.. (Dia pun sebenarnye sebelum ni macam dah hilang modjo nak buat video.. Penangan kobid19 ni 😅) 
Alhamdulillah.. Apa2 hal, yang penting kita terus SENYUM.. 

Sebak tengok video tu.. Rindu kawan2 dan family di Qatar.. 
Ntahlah ada lagi tak rezeki nak balik sana. Kes2 dkat Qatar menjadi2.. I pray for my frens there.. Semoga semuanya dipermudahkan.. 

https://youtu.be/7hMXrAuXOv8

Thursday, May 14, 2020

10 malam terakhir Ramadan Covid19

Sekejap je rasa bulan Ramadan ni.. 😅 Tup tup tinggal less than 10 days. Aduih.. Ape yang aku dah buat?  Entahla.. Tiap2 tahun rasa macam banyak je benda nak buat.. Tapi, macam same je result every year. I tot dalam PKPB ni, aku maybe akan banyak lagi beribadat, tapi tengok cam same je cam tahun lepas.. 😅
Sekrang aku dah masuk juzuk 25 Al-Quran, Alhamdulillah.. Nasib baik ade geng tadarus, at least aku paksa diri jugak untuk baca. Kalau tak, sure malas.. Duduk rumah sesaja pun same je malas.. Haish..
10 malam terakhir ni, orang mostly pulun nak kejar malam Lailatul Qadar, aku pun teringin jugak.. Harap2 diberikan kekuatan. 
2 hari lepas, aku bagitau Mishel, your birthday is coming really soon.. Dah die mule demand nak calendar pulak, so dia boleh cross hari2 yang dah berlalu.. Kire cam countdown ke birthday dia la 😅

Doa dia hari2 skrang lepas solat, nak robux.. Adei.. Takpela, kecik lagi, itu je la dunia yang dia tau pun.. Haha.. Asalkan nak solat sama2 dah kira bersyukur sangat2. Sayu pulak tengok my bobot nak masuk 8 tahun dah next month.. 😭

Korang buka ape arini? Kiteorg makan ni je..


Haha.. SiL aku beraksi gigih ambik gambo food 😜

Sunday, May 10, 2020

Raya bersyarat 2020

PM Muhyiddin baru announce tadi, PKPB extended ke 9June 2020. Means 4 minggu lagi, so berayalah kita dalam PKPB. Tapi Alhamdulillah macam kes kiteorang, memang family 2-2 blah duduk dekat2, Mr. AI dkat Puchong (but now memang dah memerap di Bangi same2 dengan Ibu Ayah) , family aku dkat Semenyih.
So, bolehlah raya sama-sama, PM cakap boleh berkumpul dengan syarat, takbleh lebih 20 orang, kena duduk jarak-jarak, pakai mask, sanitize bagai cam biase.
Aku sampai sekarang macam tak caya aku dapat rezeki berpuasa, then nak beraya dekat Malaysia. Alhamdulillah. Dah berapa tahun duduk merantau, kali ni Allah bagi peluang puasa penuh dengan family dekat Malaysia, and soon beraya pulak. Itu pun kalau airport Qatar still tak bukak sampai raya la.. (which what was the case, dengar macam akan bukak end June).
Tapi aku baru je seronot takyah buat kueh raya, nak raya virtual je, sekali boleh pulak orang datang beraya.. Dah kena pikir kuih raye jugakla ni hahahaha. 

Ni gamba food berbuka puasa ramai2 haritu dkat Bangi, kakak n adik Mr. AI datang. Ni baru bukak puasa, dah semeriah tu.. Raya kang, tak tau la bape panjang lagi 🤣

Friday, May 8, 2020

gerak antara daerah dibenarkan

PKPB, MROC.. Wa pening.. Gerak antara Daerah boleh, tapi gerak raya raya xbleh 😅.. Max dalam kete 4 org. Kluar tanpa had masa.. So basically, nak shopping raya gi Key Ell, biz almost as usual,.. tapi untuk apa? .. Raya diam2 dalam rumah sudah.. 
Kiteorang pun dah tekad, baju raya beli sepasang sorang je, ckop syarat nak ambik gamba pagi raya. Kalau kotor baju tu, dah back to baju dirumah 😂

Semalam selepas hampir 2 bulan budak-budak ni tak keluar langsung dari rumah, akhirnya berjaya bawak gi rumah nenek atok berbuka sekali dengan cousin-cousin yang lain. 
Terawikh dengan Atok as Imam. Kenangan koronamu.. PKPB ni pun dah nak sampai ke hujung.. Cuma masing2 kena pandai2 jaga diri. Jumpa family terdekat sudah. 

Monday, May 4, 2020

PKPB Harini 4 May 2020

Harini patut nya Malaysia dah start Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat aka PKPB. Tapi turns out banyak negeri-negeri yang tak bersedia dan taknak lagi bagi PKPB sebab kes positive masih lagi banyak, harini naik balik 100 lebih.
So, for some negeri, dieorang still macam PKP biasa.
So, aku pun confuse, boleh ke tak aku keluar berlari ni? 😅

Sunday, May 3, 2020

Iftar ke 8 dan PKPB mulai 4 May

1 May haritu, PM buat pengumuman khas sempena labour day. As hadiah hari labour dieorg dah benarkan banyak lagi bisnes to open as usual. Ini termasuklah shopping mall. Dieorang panggil PKPB pulak, means Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat.
Contohnya restaurants dah boleh dine in, tapi kena siap2 buat meja kerusi tu jarak-jarak.
Then yang paling aku suka dalam banyak2 is, berlari berbasikal individu dah dibenarkan dekat luar. Tapi aku tak brapa setuju dia benarkan dalam group tak lebih dari 10. Ko biar jela dieorang tu bersukan sorang-sorang. Tak payahla kasi chance untuk dieorang ni guna alasan untuk berkumpul 😅. Takpela, janji aku bleh lari keluar dah start isnin nanti.

Hari ni kiteorang berbuka macam-macam. Ibu dah ada youtube channel untuk kumpul resepi-resepi menarik. Kalau nak cuba masak macam Tok Mi, bolehla subscribe. Sementara masih dalam PKP ni, rajinla Mr. AI mengupdate resepi collection. Dah abes PKP nanti tak tau la camana. Tu yang tetiba meriah gile pulak food semalam. Aku siap buat sizzling yee mee. Nanti aku share resepi mane aku try, senang dan sedap 😋

Yang pasti, aku mesti rindu. Ingatkan dapatla teruskan PKP camni sepanjang Ramadan, tapi dah ade PKPB pulak, sah-sahla akan kurang best Ramadan dah. Dari tak ada alasan nak keluar shopping raya, dah bukak pulak kedai macam biasa. Kompemla ramai keluar membeli, termasukla kami. Maka kuranglah masa untuk l fokus dekat ibadat. 😞

Okla, till then..