Sunday, May 3, 2020

Iftar ke 8 dan PKPB mulai 4 May

1 May haritu, PM buat pengumuman khas sempena labour day. As hadiah hari labour dieorg dah benarkan banyak lagi bisnes to open as usual. Ini termasuklah shopping mall. Dieorang panggil PKPB pulak, means Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat.
Contohnya restaurants dah boleh dine in, tapi kena siap2 buat meja kerusi tu jarak-jarak.
Then yang paling aku suka dalam banyak2 is, berlari berbasikal individu dah dibenarkan dekat luar. Tapi aku tak brapa setuju dia benarkan dalam group tak lebih dari 10. Ko biar jela dieorang tu bersukan sorang-sorang. Tak payahla kasi chance untuk dieorang ni guna alasan untuk berkumpul 😅. Takpela, janji aku bleh lari keluar dah start isnin nanti.

Hari ni kiteorang berbuka macam-macam. Ibu dah ada youtube channel untuk kumpul resepi-resepi menarik. Kalau nak cuba masak macam Tok Mi, bolehla subscribe. Sementara masih dalam PKP ni, rajinla Mr. AI mengupdate resepi collection. Dah abes PKP nanti tak tau la camana. Tu yang tetiba meriah gile pulak food semalam. Aku siap buat sizzling yee mee. Nanti aku share resepi mane aku try, senang dan sedap 😋

Yang pasti, aku mesti rindu. Ingatkan dapatla teruskan PKP camni sepanjang Ramadan, tapi dah ade PKPB pulak, sah-sahla akan kurang best Ramadan dah. Dari tak ada alasan nak keluar shopping raya, dah bukak pulak kedai macam biasa. Kompemla ramai keluar membeli, termasukla kami. Maka kuranglah masa untuk l fokus dekat ibadat. 😞

Okla, till then.. 

No comments: