Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, April 29, 2020

Resepi bubur lambuk pantai timur cara TokMi

Resepi bubur lambuk pantai timur cara TokMi

1cawan beras, & air lebih kurang 750ml
dimasak hingga jadi bubur (Boleh start masak ni awal2 dulu, sebab ambik masa nak jadi bubur. 

 *Bahan2 Optional* 
(masuk lepas bubur dah masak) 
Hirisan daging segenggam 
Ikan kering segenggam
Ikan bilis segenggam
Udang dipotong kecik segenggam

Bahan2 A :ditumbuk halus (kalau malas blend je) 
Ikan kembung/tenggiri (direbus atau dibakar) diambil isi sahaja (semangkuk kecik) 
Halia 3 cm
Bawang merah 7ulas
Serai 5 batang dihiris2
Belacan 2cm
Lada hitam 1/2 SB
Udang kering segenggam 
Stok ayam 1/2kiub (optional) 

Bahan2 B
Kerisik 1/2 mangkuk kecik
Santan 2 senduk- (yang dicampurkan dengan 1 mangkuk kecik air) 
1SB garam (atau ikut citarasa)

Bahan last skali
Daun pucuk manis/pucuk paku merah - 2 genggam (kalau takde boleh ganti dengan sawi pakchoy yang dipotong kecik2) 
Cara-caranya
Masukkan bahan2 A yg ditumbuk kedlm bubur
Masukkan bahan2 B ikut urutan dibawah:

Kerisik
Santan 2 s
1SB garam (atau ikut citarasa)

Tunggu mendidih sekejap, masukkan
Stok ayam 1/2kiub (optional sebagai penaik rasa) 
Last sekali baru masukkan
Daun pucuk manis

Kalau pekat sangat, tambah air sikit (kepekatan the best macam dalam gamba dibawah) 
So, hari ni Ramadan PKP MCO ke 6 kiteorg berbuka simple je tapi cukup lengkap, sebab dalam bubur lambuk pantai timur ala TokMi, macam-macam ado. Makan semangkuk pun kenyang!

Ok, jumpe lagi di lain siaran.. Chioww

Tuesday, April 28, 2020

Resepi Kari ayam mudah dan sedap TokMi


Harini PKP /MCO /RMO day 42. Kiteorang berbuka lauk kari ayam. Kari ibu memang terbaik, so taknak lupa resepi ibu, aku nak simpan dalam blog aiap-siap. Nanti tak tau dah bila lagi dapat peluang nak belajar dengan ibu. 
Dah ada kari ayam, bolehlah esok menajala. Musim PKP ni, aku memang buat food yang tak membazir la, apa yang budak-budak makan baru nak buat, kalau tak, malas nak cuba-cuba. 

Bahan2 A
Bawang merah 9ulas
Bawang putih 4ulas
Halia 2inch

Bahan2 B
Bunga lawang 4
Kayu manis 2

Minyak masak 0.5mangkuk utk menumis

Bahan2 buat paste
Serbuk kari adabi (ayam/daging) 1 mangkuk kecik
1 mangkuk air

Bahan2 C
Ayam size besar - 1/2ekor
Santan kara 1 kotak
Pati kiub ayam -1/4kiub
Air masak 3.5 mangkuk (atau ikut kepekatan) 
Cara-cara
Tumbuk bahan2 A (diasingkan separuh utk menumis*)
Separuh lagi, dicampurkan dengan rempah kari dan air dalam lesung batu yang sama utk buat paste.

Tumiskan bahan2* bersama bahan2 B. 
Bila dah garing, masukkan paste.
Goreng sampai garing cantik, lebih kurang macam gamba:
Masukkan ayam, 
Masukkan santan, 
Masukkan air, ikut kepekatan yang dikehendaki. 
Biarkan menggelegak, kacau skali skala.. (kalau suka kentang boleh masuk time ni)

Bila tgk ayam dah masak (rupa dah kecut) , boleh kecikkan api dan biar hingga pecah minyak. Perasakan dengan kiub ayam (dalam suku size kiub) dan garam secukupnya (dlm 1.5 sb). 
Camni lebih kurang rupa pecah minyak

Agak-agak dah rasa sedap, bolehla dihidang. 😁
Click link di bawah untuk versi youtube video, senang lagi nak paham.

Ni menu Ramadan ke 5 kami, kasi idea. 
Simple tapi paduuu 👍

Saturday, April 25, 2020

Resepi Daging masak Kunyit Tokmi

PKP day 42, Ramadan quarantine hari ke 2, menu berbuka kami kali ni favourite budak-budak jugak, so senang, 1 dish untuk satu family. Ibu kata resepi daging masak kunyit ni dari kelantan, so manis-manis sikit. Padanla budak-budak suka. 

Daging Masak Kunyit - masak macam TokMi


Bahan-bahan:

Bahan A
Daging btg pinang 250gm dihiris nipis
Halia 2cm diketuk
Bawang merah 1 biji diketuk
10 sudu air
Kunyit serbuk 1.5sudu
Garam 0.5sudu

Bahan B
asam jawa (1.5 sudu) + campur dengan 14sudu air
Gula 1.5 sudu
Bawang besar 0.5biji dihiris
Cili merah 1biji dihiris
Minyak masak 5sudu

Cara masak

Bahan2 A dimasukkan ke dalam kuali dan digaul, masak hingga empuk. 
Kacau sekali sekala. 

Lebih kurang tengok air dah kering:

Bila Air dah kering, daging dah empuk, (tips nak empuk cepat, masukkan 1 sudu kecik besi masa masak daging tu) 

Dah kering, masukkan minyak, goreng kejap. 
Masuk cili n bwg besar
Tambah air 1 mangkuk (atau lebih ikut nak kuah banyak ke tak, tapi kalau buh banyak sangat takut tak sedap) 
Masukkan dengan garam & gula. 
Optional tambah kicap manis (cap udang) sikit

Rasa, kalau kurang tambah garam (dalam secubit)


Enjoy.. Ni menu berbuka Ramadan ke 2 PKP MCO kiteorang, kasi inspirasi skit:

Tuesday, September 23, 2008

Main masak-masak anyone?

When I was younger, I didn't recall if I ever played masak2 or mekap2 like a normal lil girl. I was more prone to play galah panjang, batu seremban, hide&seek, and bile dah besar sket.. my favourites lompat getah & Rounders..hahaha bes gile laa bile teringat balik! guess it was my nature not to be interested on all those normal girlish-toys. That is until now!
So, hari ni jom kite main masak-masak.. As requested from my sister, I'm gonna share the resepi for ayam percik (courtesy of Ros Delights & co a.k.a Ibu mertuaku -which I have to stress ere is the total opposite of the P.Ramlee version of evil mother-in-law hehe).

::AYAM PERCIK ROS DELIGHTS::

Bahan-Bahannya

1 ekor ayam - belah dua
5 biji bawang merah
3 cm halia
Kunyit serbok
3 - 4 sudu lada giling
1 cm belacan
1 sudu asam jawa
1 biji kelapa (buatkan santan pekat)

Caranya:-

Ayam dipotong dua, kelar atasnya, sapukan garam kunyit. ( Kukus ayam sampai lembut)

Untuk membuat kuahnya:-

Tumbuk bawang merah,halia dan belacan,kemudian campurkan lada giling,masukkan kunyit serbuk 1 sudu
Masukkan bahan tumbuk tadi kedalm santan dan kacau bersama dgn asam jawa, masukkan gula 1 sudu, dan garam.
Masakkan sekejap diatas dapor kacau jgn berhenti sampai pekat.(Kalau nampak tak pekat sangat campurkan sikit tepong jagong)
Bila dah pekat angkat dan ketepikan.

Bila ayam yg dikukus tadi masak curahkan kuah tadi diatasnya. Bakar sekejap dan ulangi curahkan kuahkan kuah tadi sampai dia sebati dengan ayam tu.

Sekian dan selamat mencuba. Kalau tak faham hubungi ibu.
(Memang bulat-bulat copy paste dari email Ibu.. hehehe so, sape2 tak paham BM, translate sendiri laaa )

P/S: Thanks again Ibu!!

Sunday, September 7, 2008

Resepi Tepung Pelita aka Flour lantern

Craving to eat tepung pelita (i.e: direct translation flour lantern..kekekeke). Got the recipe from my mom.. but u know how mom dunno the exact measurement n all and let we figure it out all on our own..hecks..

So last night when I came back from the office around 11:40-ish and still got a left-over energy, I decided to try it out. But I didn't quite have all the ingredients.

Mom said, senang je.. kacau je tepung beras ngan air pandan atas dapur.. Tapi orang takde daun pandan? perise pandan boleh? Bolehlahhh.. satu cawan tepung beras 3 cawan air.. Lepas tu kacau santan ngan tepung gandum.. kat bawah skali taruk gule... Hurmm.. sounds easy enuff!

So here goes.. the outcome of my own secukup-rase-recipe;


Pics: Proses-proses pembuatan: how do you know if its over-cooked? I think mine is a bit well-done cos it sticks even before i pour to let cool..hahaha
Since i don't have pandan leaves nor pewarne hijau, i used gule melake to make the bottom part colourish. Well people always say the key word to get a home cook food is to improvise! so jadila my kueh 'flour lantern' versi london kaler coklat hehe...
So what left now is the taste? The topping is just the right taste but the bottom is urghhhh.. yekk.. puhtuiii....hehe..maybe i put too much pandan flavour? haha
All in all the experiment is not a total success..although now i know it's really easy to make.I'd do it again, but next time I'd do it with the right ingredients!