Saturday, April 10, 2021

Sehari suntuk Jalee jadi grab driver, balik bertukang di rumah, tapi masih sempat curi masa berlatih menyanyi dan akhirnya menang TVSTARZ konsert ke 3.

Jalee, mempunyai latar belakang yang agak menarik. Seorang yang banyak skills, mahir bertukang; besi, kayu, simen, you name it, apa saja yang dia tak tau buat.
Jalee juga rasa bertuah, kerana mempunyai sokongan kuat dari bapa mentua, katanya 'Bapa Mentuaku Cool, bagi aku buat studio dirumahnya'.
Apabila mengikuti keluhan vlog Jalee, katanya kerjaya penuhnya adalah penyanyi dan pemain gitar, tetapi sudah agak malap disebabkan pandemik. Jadi untuk mencari rezeki, dia terpaksa buat kerja-kerja delivery. Sehari suntuk hidup didalam kereta. 
Kadang-kala, terpaksa menghadiri kelas-kelas vocal TVSTARZ dari dalam kereta. Tetapi semua itu terbukti membawakan hasil, Jalee akhirnya menang tempat pertama di konsert ketiga. 
Benarlah kata-kata, 'disebalik kesulitan, ada kebaikan'. Kemenangan Jalee di konsert ketiga mungkin telah memberikan sinar baru untuk kerjaya muziknya. Sama-sama kita saksikan perjalanan Jalee di TVSTARZ. 
Adakah dia bakal meraih kemenangan demi kemenangan? Jangan lupa saksikan TVSTARZ konsert setiap Selasa jam 9malam di TVS saluran 122 Astro dan MyFreeview atau di fbpage TVSTARZ. 


No comments: